Pages

RM2/BULAN... BERMINAT EMAIL ME nanaosaki87@hotmail.com

ads ads ads ads

My Blog List

Friday 22 April 2011

KARI DAGING

Bahan-bahan:

  • ½ kg daging (dipotong sebesar ibujari)
  • ½ kg kentang dipotong 6     6 biji bawang putih (diketuk & potong)
  • sedikit halia (dikisar/ dihiris)
  • 2 paket serbuk kari 888 (jenis lain pun blh)campur sedikit air hingga pekat
  • Minyak (utk menumis)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa (jika perlu)
  • Asam keping/ air asam jawa

Cara:

  • Tumiskan bawang putih dan masukkan halia hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari yg telah dipekatkan dgn air. Tumis hingga keluar minyak.
  • Masukkan garam, gula, perasa secukupnya.
  • Masukkan daging, gaul hingga rata dan campur air sedikit dan biarkan daging empuk. Api dalam keadaan sederhana.
  • Masukkan air keping/ air asam jawa. Kemudian masukkan kentang, masak hingga empuk.
Cadangan Hidangan:
Nak lagi sedap dipandang & dirasa, masak hingga kuah jadi pekat......sedap & spicy.

Tambahan:
sesuai utk yg suka mkn kari tapi malas masak, nak xpres & ekonomi (bajet dijamin)

BISKUT BUAH PINGGANG

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan cornflakes
  • 1 cawan biskut marie
  • 1 cawan tepung kek
  • 1 cawan tepung jagung
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan cornflakes (topping)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur (topping)
   
Cara:

* Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
* Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
* Masukkan kesemua jenis tepung dan gaul hingga sebati.
* Canai dan terapkan dengan acuan bentuk lapan (8).
* Sapukan putih telur diatasnya dan taburkan cornflakes hancur.
* Kemudian bakar pada suhu 180c selama 10 minit.

Thursday 21 April 2011

MEE UDANG

Bahan-Bahan:

  • 1 kati mi kuning
  • ½ kati udang basah - bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 2 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit belacan } kisar
  • 3 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir
  • ½ kati udang basah - bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 2 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit belacan } kisar
  • 3 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir     4 batang sawi
  • ½ kati taugeh
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng

Cara:

  • Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
  • Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
  • Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
  •  Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Tambahan:
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah.

PUDING ROTI

Bahan-bahan ( sekeluarga (4-6 orang)

  •     7 keping roti (sebaiknya roti gardenia)
  •     1 tin susu cair carnation atau lain-lain jenama
  •     3/4 tin susu pekat manis
  •     3 biji telur
  •     3 sudu besar tepung jagung
  •     3 sudu besar tepung kastard
  •     *semua bahan-bahan diatas di blend*
  •     *semua bahan-bahan di bawah di masak sehingga hancur*
  •     1 paket besar agar-agar strip (37.5 gram) *seeloknya direndam dulu*
  •     7 gelas air
  •     1 1/2 cawan gula pasir
  •     pewarna merah dan hijau (ikut suka)

Cara-cara :
  •  masak agar-agar strip bersama gula dgn 7 gelas air sehingga hancur.
  • blend kan semua bahan2 utk di blend tu hingga sebati, bila agar2 dan gula dah hancur masukkan bhn2 yg di blend ke dlm periuk.
  • masak hingga mendidih.. tapi!! kena sentiasa kacau supaya tak hangus kat bawah dia...
  • bila dah masak, bahagikan kepada 3 bhgn.. letak la warna merah 1 bhgn, hijau 1 bhgn.. (ikut suka)
  • letakkan satu senduk setiap warna di dalam loyang @ bekas berselang seli sehingga habis semuanya.
  • sejukkan sebelum disimpan di dalam fridge..
  • puding ni cepat keras.. mmg senang dan masa penyediaan pun singkat.

CHICKEN CHOP

Bahan-bahan:
  •   2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
  •   1 biji telur, dipukul sedikit
  •   ½ cawan tepung jagung
  •   minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap
  •   1 sudu besar kicap pekat
  •   2 sudu besar jus limau
  •   ½ sudu teh garam
  •   ½ sudu the serbuk lada hitam
  •   ½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos
  •   250 ml stok ayam
  •   ¼ sudu teh garam
  •   ¼ sudu teh serbuk lada putih
  •   1/8 sudu teh serbuk lada hitam
  •   ¼ sudu teh garam
  •   1 sudu besar sos tiram
  •   ½ sudu besar sos Worcestershire
  •   ½ sudu teh kicap cair
  •   beberapa titis kicap pekat
  •   1 biji bawang besar, didadu kecil
  •   1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
  •   ½ sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
  •   Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
  •   Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
  •   Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
  •  Masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
  •   Reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
*Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.

Tuesday 19 April 2011

NASI PAPRIK

Bahan-Bahan:
  • 5 pinggan nasi putih
  • 1 kilo isi ayam/daging
  • 6 biji cili padi/api (hiris2)
  • 3 ulas bawang merah (hiris halus2)
  • 2 ulas bawang putih (juga hiris)
  • ½ batang serai yg cincang
  • 5 sudu cili sos
  • 2 sudu tomato sos
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 batang kacang panjang (potong pendek2)
  • 2 sudu bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih.
  • Lepas kuning tumis dengan cili api pulak.
  • Lepas tu tumis dengan segala sos tadi, serai & kacang panjang.Letak sket air jike mengelegak.
  • Selepas mengelegak masukkan kacang panjang. Tumis sekali lagi sampai naik bau.
  • Sesudah naik bau masukkan garam dengan ayam, biarkan beberapa minit sehingga naik bau.

CHEESE CAKE SPECIAL

Bahan-Bahan:

Bahan base
4 cawan biskut Marie (yang dikisar halus)
1 cawan almond (dikisar)
½ cawan gula halus
½ cawan mentega (dicairkan)

Bahan atas
3 sudu teh tepung kastard
3 sudu teh air
455gm cream cheese
1 ½ cawan gula kastor
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur (asing putih kuning)
1 sudu teh lemon zest (amik sikit kulit lemon pakai garfu)

Cara:

Cara membuat base
• Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering
• Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya
• Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan

Cara membuat atasnya
• Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai
• Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu
• Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata
• Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata
• Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu. Masukkan ke dalam adunan
• Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit. Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang

Cadangan Hidangan:
Hias dengan hirisan lemon dan hidang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...